Wednesday, February 20, 2013

Wanita Tua Masuk Islam Kerana Budak Kecil


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, di sini ada satu kisah menarik di mana seorang makcik tua yang dikatakan hendak membunuh diri memeluk Islam hanya kerana dengan seorang budak kecil yang datang kerumahnya, nak tahu lebih lanjut mari kita hayati kisah ini, semoga dapat dijadikan teladan kepada kita semua.. in sya Allah

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia”

Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”

“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah.”

“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”

“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”

Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”

Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?”

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”

“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.

Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya ” Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu”

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.

Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.

Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.

“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”

“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.

“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. -Wallahua’lam


Ulasan Admin : Cerita di atas adalah kisah benar.Sungguh menusuk kalbu kisah anak kecil di atas.Walaupun masih kecil tapi disebabkan kebaikkannya,dia telah berjaya menyelamatkan seorang wanita yang hampir bunuh diri dan meyakinkan wanita tersebut supaya masuk Islam.Sesungguhnya Islam itu Indah jika kita betul-betul mendalaminya.

Monday, August 08, 2011

A.P.I

aSSalamualaikum..Masih terngiang2 lagU nie di ..dalam dewan masa IMKK July..power giler..ni DAO U..memang terbaiKk....

http://www.youtube.com/watch?v=n3KnKSnU1FE&feature=related

Thursday, August 04, 2011

Kursus IMKK July2011

Dah masuk hari ke 4..rasa baru semalam jer abis IMKK Dr Azizan...peghh cepat betul masa berlalu ...AKu ada satu situasi...keja DOA belum siap lagi...Arghhh..

Tapi tak pa...tu semua bukan halangan ..aku dah siapkan +/- 80 impian ...hemm baru kau tau ..betapa cetek nyer Impian ....bak kata doc..semua itu bermula dengan impian...!!!

The best ever Lah ..kursus yang penah aku pegi setakat nie...But any how aku bersyukur sangat coz dapat pegi dengan wife tercinta...heheheh Sama2 dapat auRA Uuuu....

OK la bro..insyallah See U ..

Wednesday, July 20, 2011

Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku




Bolehkah menyambut hari jadi dengan meniup lilin dan bernyanyi....setengah orang cakap tak boleh...kalau tak, boleh ke kita tukarkan lagu "Allah selamatkan kamu"?

Jawapannya

Sebenarnya menyambut hari lahir ini tak salah, sebab Rasulullah setiap hari Isnin dia berpuasa untuk memperingati hari kelahirannya. Kemudian setiap tahun 12 Rabiulawal semua umat Islam menyambut hari kelahiran dan perjuangan Rasulullah untuk memartabatkan agama Islam.

Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya kita menginggati segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia merupakan salah satu cara kita bersyukur kerana Allah melahirkan kita di dunia ini dengan keadaan baik dan sihat.

Tapi kita kena ingat kalau majlis ini salah pengisiannya atau salah meraikannya dengan cara tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak seperti adanya tarian, menari, konsert, bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya. Meninggalkan solat dan sebagainya. Maka ini jelas menjadi haram. Menjadi persoalan ramai umat Islam diluar sana bolehkah meraikan hari kelahiran dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu
“selamat hari jadi”?

Jawapannya, perkara ini datang bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada budaya barat. Hadis Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud :

“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku.”

Jelas di sini bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniupkan lilin itu bukan dari Agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh masyarakat Kristian setiap kali mereka menyambut hari kelahiran mereka. Barang siapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah haram sebab dia bukan dari budaya Islam. Cara Islam menyambut hari kelahiran adalah dengan melaksanakan kenduri kesyukuran, membaca doa dan menjemput semua kaum kerabat dan sahabat-sahabat yang berdekatan dengan tujuan untuk bersilaturahim antara satu sama lain.

Akhir kalam, masuklah kedalam Agama Islam dengan cara keseluruhannya bukan masuk yang mana sesuai kita ambil dan yang tidak sesuai dengan nafsu kita tinggalkan. Jadilah umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan meninggalkan perkara yang mungkar dan syubhah, kerana ini lebih menjaminkan keselamatan kita di dunia dan di akhirat. Rayakanlah hari kelahiran sepertimana yang ditetapkan oleh syarak Islam, mudah-mudahan majlis yang dijalankan itu diberkati dan dirahmati oleh Allah.

Tuesday, August 24, 2010

Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar

Sirah

Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar

Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.


Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.

Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).



Petikan dari:- http://www.islam.gov.my

Friday, January 29, 2010

APA SALAHNYA KITA MENJADI STRIKER?


APA SALAHNYA KITA MENJADI STRIKER?
Bila lagi kita akan jadi STRIKER???Atau selama-lamanya kita ingin menjadi DEFENDER!!!??? Seperti yang kita selalu dengar "orang kaya makin kaya, orang miskin makin miskin"....
Fenomena yang sering berlaku di kalangan orang biasa macam kita. Perasaan tak puas hati mesti ada bila dengar ayat di atas. Sekarang ni banyak harga barang naik tinggi berbanding dengan kemampuan kita "Keperluan kita membatasi kemampuan kita"

Di saat jumlah harga barang-barang dan perbelanjaan meningkat lebih dari 50% dari pendapatan kita, adakah income kita sekarang semakin bertambah dengan kadar nilai yang sama? Tapi, lagi satu fenomena yang bukan sahaja baru, tapi semenjak dulu lagi perkara ini berlaku di kalangan kita. Sudah menjadi tabiat agaknya iaitu "KOMPLEN". Harga minyak naik kita komplen, beras naik kita komplen, gula naik kita komplen, gaji ciput kita komplen, pendek kata semua bendalah kita nak kompleeeeeennnn jer!!! Saya dah bosan dengan hidup komplen macam ni. Jadi, saya harus buat sesuatu.
• Ambil tindakan sebelum kita terpaksa bertindak... • Buat keputusan sebelum kita terpaksa buat keputusan...

• Cari peluang sebelum kita terpaksa mencari peluang...
Pengalaman saya, selalu saya terfikir apa aset yang saya ada? Heheh...ada yang kata aset mereka adalah kereta, rumah, motor, barang kemas, dan macam2 macam lagilah. Tapi pada saya itu semua masih lagi liability kerana ia bukannya memberi pulangan kepada kita. Selagi rumah dan kereta kita berhutang dengan bank, so itu bukannya aset kita...dah habis bayar pun masih lagi liability kerana masih lagi perlukan maintenance untuk rumah dan kereta....nak isi minyak pun gune duit kan...so masih lagi liability.... Maksud saya kita selalu jadi defender, kerana aset yang kita ada hanyalah GAJI. Gali lubang, tutup lubang, dapat gaji bayar hutang.

Begitulah bulan yang seterusnya, masih lagi buat perkara yang sama. Masih takut untuk buat satu perubahan dalam hidup. Sifoo saya pernah kata macam ni, orang dulu2 selalu kata, "Belajar rajin2, habis belajar cari kerja yang bagus2." heheh...tapi erti kata lain selain daripada perkataan "makan gaji" adalah menjadi "KULI yang ada kelulusan tinggi" heMMmm....


Duit gaji kita tu duit kita ker??? Cuba renungkan. Duit gaji kita masuk dalam akaun bank. Kita keluarkan duit tu, pastu bayar hutang itu dan ini ke akaun bank yang lain jugak akhirnya. Yang selebihnya habis dekat stesyen minyak, habis kat supermarket, habis kat tokey kedai-kedai yang lain. Jadi mana duit kita? Semua tu duit keluar....mana duit yang masuknya??? Gaji dapat sebulan sekali, duit keluar berkali2.Now,kita ubahlah dengan cara yang lebih baik..."Biar keluar MODAL sekali tp untung BERKALI2"


Orang yang berfikiran positif sentiasa mencari peluang untuk satu perubahan yang positif. Semenjak saya bersama dengan orang2 yang dah berjaya dalam perniagaan yang saya ceburi ni, pemikiran mereka cukup berbeza. Mereka yang dahulunya menjadi defender, kini menjadi striker!!! Mereka gunakan peluang yang ada dan mereka usahakan sampai berjaya. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat belajar semua tu daripada mereka bagaimana untuk berjaya.
"Bagaimana kita nak kaya sedangkan pemikiran kita masih lagi miskin, kata-kata kita masih miskin, personaliti kita masih lagi miskin, perbuatan yang kita lakukan masih lagi perbuatan yang miskin, tindakan kita masih lagi miskin." Saya dapat buat satu perkara yang kebiasaan orang tak suka buat.

Namun saya dapat result yang paling saya suka. "Lombong emas di hadapan, kalau taknak tak apa, biar saya yang habiskan semua...tapi apa salahnya kalau kita "share the cakes".


Syukur Alhamdulillah padaMu Ya ALLAH.

Petikan dari "milliondollarlady-unstoppable.blogspot.com"


Friday, January 08, 2010

My WiSh ..B4 register...shoW room condition..loOo


Here U R..after few month..hihih
..

Wednesday, January 06, 2010

mY Kids School 2010

EsyA going to kindergarten 6 Yrs..











AnGaH ...1 st day at SKPP 1...

TahjuD

Setiap kita pasti ingin menjadi manusia yang sukses di dunia dan akhirat. Tapi, tahukah Anda jalan mana yang harus ditempuh menuju kesuksesan itu? Bagi Anda yang ingin segera meraih kesuksesan tersebut, tak ada salahnya melakukan satu resep sederhana ini: TAHAJUD.

Inilah beberapa keutamaan tahajud yang bisa membantu Anda meraih kesuksesan itu:

1. Menjauhkan diri dari kelalaian hati.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, "Barangsiapa mengerjakan shalat pada malam hari dengan membaca seratus ayat, maka ia tidak akan dicatat sebagai orang lalai. Dan apabila membaca dua ratus ayat, maka sungguh ia akan dicatat sebagai orang yang selalu taat dan ikhlas." (Al-Hakim dalam kitab Al-Mustadrak).

2. Dibanggakan Allah di hadapan para malaikat.

Al-Hasan Al-Bashry Rahimahullah mengatakan, "Apabila seorang hamba tidur lalu bangun untuk bersujud, Allah akan menghiasi mereka dengan malaikat. Dia berfirman: ‘Lihatlahpada hamba-Ku ini, ia beribadah kepada-Ku, merasa senang di sisi-Ku dan dia melakukan sujud.’" (Imam Ahmad, Az-Zuhud).

3. Hati menjadi lapang dan bahagia.

Atha Al-Khurasani Rahimahullah mengatakan, "Apabila seseorang melakukan qiyaamullail, maka pada waktu paginya akan merasa bahagia. Apabila tidak mengerjakannya, maka di waktu paginya akan menyesal dan hatinya gelisah." (Al-Maqrizi, Mukhtasar Qiyaam Al-Lail).



4. Menyebabkan kemenangan dalam jihad melawan musuh.

Ketika pasukan Romawi kalah melawan umat Islam, Hieraclius bertanya kepada para pasukannya, "Menurut kalian, apa yang menyebabkan kalian kalah?" Seorang tua dari pembesar Romawi menjawab, "Karena mereka mengerjakan shalat pada malam hari dan puasa pada siang hari." (Ibnu Al-Qoyyim bin Asakir, tarikh Dimasyq, 1:143).

5. Menyebabkan masuk surga.

Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (surga) dan di mata air-mata air. Sambil mengambil apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orangorang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampunan (kepada Allah)." (QS. Adz-Dzariyaat 15-18).


6. Meringankan lamanya berdiri pada hari kiamat.

Ibnu Abbas ra berkata, "Barangsiapa yang senang bila lamanya berdiri di hari kiamat diringankan oleh Allah, maka hendaklah ia memperlihatkan dirinya kepada Allah di malam hari dengan sujud dan berdiri mengingat hari akhir." (Ibnu Jarir Ath-Thabari, tafsir Ibnu Jarir, XXIII:20).

7. Menghapus kejahatan dan mencegah perbuatan dosa.

Diriwayatkan dari Abu Umamah Al-Bahili ra, ia mengatakan, "Rasulullah SAW bersabda: ‘Hendaklah kalian mengerjakan qiyaamullail, sesungguhnya ia adalah kebiasaan orang-orang saleh sebelum kalian, mendekati diri kepada Allah Ta’ala, mencegah perbuatan dosa, menghapus kejahatan dan menangkal penyakit dari badan.’" (Diriwayatkan At-Turmudzi, Al-Hakim)

8. Menyebabkan doa terkabul.

Diriwayatkan dari Amru bin Abasah ra, bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Paling dekatnya Tuhan kepada hamba-Nya adalah pada sepertiga malam yang terakhir. Bila engkau mampu menjadi orang yang berdzikir (mengingat) kepada Allah pada waktu itu, lakukanlah." (Diriwayatkan oleh At-Turmudzi).

9. Mendatangkan kecintaan Allah.

Diriwayatkan dari Abibarda ra, ia mengatakan Rasulullah bersabda: "Ada 3 macam manusia, Allah mencintai mereka, tersenyum kepada mereka dan merasa senang dengan mereka, yaitu salah satunya adalah orang yang memiliki istri cantik serta tempat tidur lembut dan bagus. Kemudian ia bangun malam (untuk shalat), lalu Allah berkata: ‘Ia meninggalkan kesenangannya dan mengingat Aku. Seandainya ia berkehendak, maka ia akan tidur." (Riwayat Ath-Thabrani).

10. Menyebabkan muka berkilau dan bercahaya.

Ada orang yang bertanya kepada Hasan Al-Basri ra: "Mengapa orang-orang yang bertahajud di waktu malam memiliki muka yang bagus?" Ia menjawab: "Karena mereka menyendiri bersama Tuhannya pada malam hari, kemudian Allah memberikan kepada mereka sebagian dari cahaya-Nya." (Al-Maqrizi, Mukhtasar Qiyaam-Allail).

11. Menangkal penyakit fisik.

Abu Utsman Al-Khurasan Rahimahullah mengatakan "Qiyaamullail merupakan kehidupan bagi tubuh, cahaya bagi hati, sinar pada penglihatan, dan kekuatan pada anggota tubuh." (Al-Maqrizi, Mukhtasar Qiyaam-Allail).

Selain kesebelas poin di atas, shalat tahajud juga dapat membersihkan jiwa, mendidik jiwa selalu bergantung kepada Allah, menyebabkan kita mendapatkan taufik, pertolongan, dan rahmat-Nya, menjadi penolong di hari kiamat, meringankan beban dan kesulitan besar, serta sejuta keutamaan lainnya.


Sumber/petikan:
http://www.blogger.com

Tuesday, October 13, 2009

Solat DHuha

doa solat sunat Dhuha

"Ya Allah, bahwasanya waktu DHUHA itu adalah waktu DHUHAMu, kecantikan ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, dan perlindungan itu, perlindunganMu. Ya Allah, jika REZEKIKU masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu DHUHA, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh".

Solat Sunat Dhuha
Amalan murah rezeki nie saya saje nak paste kat sini sebagai peringatan untuk saya supaya selalu istiqamah mengamalkannya. Hmm..nak buat memang senang, tapi nak istiqamah tue yang payah kan...

Solat DHUHA adalah SOLAT SUNAT yang dilakukan seorang muslim ketika waktu DHUHA. Waktu DHUHA adalah waktu ketika matahari mulai naik kurang lebih 7 hasta sejak terbitnya (kira-kira pukul TUJUH PAGI) HINGGA WAKTU ZUHUR . Jumlah raka'at solat DHUHA biasa dengan 2, 4, 8 atau 12 raka'at. Dan dilakukan dalam satuan 2 raka'at sekali salam.
Pada dasarnya doa setelah solat DHUHA boleh menggunakan doa apapun. Doa yang biasa dilafazkan oleh RASULLULLAH selepas solat DHUHA adalah :"Ya Allah, bahwasanya waktu DHUHA itu adalah waktu DHUHAMu, kecantikan ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, dan perlindungan itu, perlindunganMu. Ya Allah, jika REZEKIKU masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu DHUHA, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh".

AL WAHHAABU Ertinya Yang Sangat Memberi.

KHASIATNYA: Barangsiapa mengekalkan membacanya pada akhir sujud sembahyang DHUHA sebanyak 40 kali, Insyaallah dimudahkan baginya KEKAYAAN yang mudah dan hebat.

AL BAASITHU Ertinya Maha Melapangkan.

KHASIATNYA: Apabila dibaca selesai sembahyang DHUHA 10 kali, Insyaallah akan diluaskan REZEKI dan ilmunya.
Jangka masa melakukan tidak sampai lima minit. Amalkan di mana sahaja - di tempat kerja ketika ada masa rehat atau di rumah atau di masjid ataupun di padang, di pantai atau di puncak gunung!

Petikan dari .. http://jannatunnaim.blogspot.com

Thursday, September 10, 2009

Salam RamadHan

Salam To ALL,

WAlau pun da masuk 3rd Week of ramadhan ..masih x lambat aku rasa nak ucapkan Salam Ramadhan utuk semua..

Setahun gak aku x jenguk blog aku ni..heheh sibuk bebenor yob...nak wat cam mana..

Thursday, October 30, 2008

Sekian Lama

Assalamualaikum...

Adushh lamanyer aku x meng updatekan blonG ni..rasa2 nyer hampir setahun ..pegHHh yer laa.lepeh balik malaysia terus sibuK ..keja kat malaysia ni ..masa mencemburi kita..hahahhah

Setakat ni dah 2 project aku dah joinT..sekembalinya aku di bumi malaysia..1st ALCATEL (CELCOM NodeB Swap) & MAXIS (3G EOT) ..hemmm ni pun mid Nov 2008 dah abis contact...tengah peninG ni ..keja baru x dapat lagi..

Insyallah, adalah 2-3 agent local & obersea contact aku..dengan harapan kalu ada local project ..aku akan berada dibumi MALAYSIA ler...klau dah x ada ..obersea pun OK gak ..keja macam aku ni ..tak boleh nak memilih sangat ...apa yang ada depan mata kalu rasa boleh sebat ..sebaT jer...hehehehhe

OK la setakat ni dulu..aku nak solaT magriB dulu ..nanti aku sambunG lagi ..

wasallam..

achoY06

Monday, August 13, 2007

Visa Expired

Asslamualikum...

Lusa Visa aku dah nak expired dah dah kena exit..so apa makna nyer..makna nyer aku kena kuar dari KSA ni by 14hb Ogos ni lah..Actualy agent aku nak hantar aku gi Bahrain tapi aku menolak..Sebab2 nyer :-
1) Contract aku..menyebut renew visa at your home country
2) Tempat keja aku ni tinggal 3 orang jer..So,bayangkan 3 Orang kena running the Shift & kena jaga the whole network..banyak tu beb..NodeB dah bertambah ..so problem pun bertambaH..nepiNg nePing..Dah lah tu kena running shift 12 jam pulak tu..as a result , bila nak cuTi memang payaH ler..kalau aku cuti tingal 2 org jer..
3) Disebabjan perkara No.2 ni..aku tak dibenarkan cuti..cuba korang bayangkan..aku dah nak plan cuti sekali x dapat da...Tapi masalah nyer aku dah booking tiket balik Malaysia..cam na eKkkk ..Ahh aku nekat jer mau pulanG donG....
4) Flight aku 14hb Ogos..ni jam 22:50 ..flight aku adalah ''Cathy Pacific'' kena transit kat heheh , so today is my last day working ..nite shift..rasa x sabo nak balik Malaysia ..heheh

Ni info pasal cathy airways www.cathaypacific.com

After ''long tingkinG'' heheh aku mengambik keputusan balik gak ..walaupun tak mendapat kebenaran & form vacation aku x di sign oleh supervisor aku ..hemm memang pun cam tu..dulu masa 1st vacation aku pun cam ni gak..apply cuti ..tapi hampeh tak sign2 gak..lantak lah koraNG malas mau layan..pandai2 ler..Kalau ada rezeki aku sambong balik kontrak aku kat saudi ni ..kalu tak ada ..pun x pa ..aku memeganG prinsip ..rezeKi ada dimana2 insyallah..

Monday, July 30, 2007

My Kids...WalaaAAaaa part_II

Assalamualikum..

Sajer jer nak upload gambo anak aku yg latest...BukaN apa last week wife aku belikan basikal baru kat anak2 kitaoranG..actually basikal lama tu Ok lagi..baru jer repair..emm Plan asal nak beli basikal anGah jer coz ''bikal'' angah tak sesuait dengan dia punya age dah , tapi mana boleH..babY nak juGak ..so nak tak nak , kena la beli 2 biji..''bakal'' baby baru jer lagi..aku rasa x adala 1thn..emm dia kata Nak Beli bikal piNk..emm tau pulak tu nak yang piNk..dah laa..''jenUh'' wife aku menganGkut 2 biji sekali dalam keta..nasib baik kedai tu nak ambik yang 2nd hand..emm tapi tau jer laa kedai apeK mana nak ruGi ..kureNG asam punya apeK cekiK darah..2 biji dia ambiK x sampai pun 50 henGGet ..emmm nak tak nak wife aku cakap ..jual juGak ler..nak letak kat Umah buat besePah jer ..anak 3 orang jer ..''bikal'' macam anaK 7-8 oraNG ..kekekek

~AnGah cenYum sampaI keteLinga dapat ''biKal'' baru & AbanG/aLonG~

~BaBy Esya with her new PinK ''bikaL''~

~BaBy Esya & AnGah with their Old-skool biCycle~

CeLik QuraN

GamBar ni aku rakam deKat masJid dekat Umah aku..masa sebelum SolaT Jumaat

Tuesday, July 17, 2007

KawaSaKi Z750 & SuzuKi Srad 750

Assalamualaikum W.B.T

Aku bukan nyer apa..terpikir gak..antra kedua2 motor/bike ni ..agak2 koranG suka yang Mana..maii-maii piliH..piliHh..tapi 2nd hand la..kal MalaySia korang rasa rega motor Ok ker ..? Emm bagi aku mahel ler ..aku sekadar bagi pendapat jer ..nak tau gak apa sebab nyer..eKK tapi aku rasa sebaB ada TAX kot..bila motor baru rega dia pun dah sampai lebuH dari RM70K (superbike especially)..so rega 2nd pun still la mahal yer daK..tapi apa2 pun ..aku terUja laa tenGOk kedua2 motor ni ..aduHHH ..cam na ni HD pun nak ..Naked biKe pun nak ..superbike pun naK ..heheheh macam-macam la pulaK .. So,ni sajer jer aku buat Comparison..2nd Kawasaki Z750(still new 2004 model) ngan SuzuKi Srad750 (Emm olD Model 1997)..but still PoWer beb.. :)

p/s: Pic & Data pasal motor ni aku ciLOk from malaysianbikers..Tak da kena menGena antara yang hiDup atau Yang mati ..heheheh....

1) Buatan: Kawasaki
2) Nama Model: Z7503)
3) Keupayaan Enjin (cc): 749
4) Warna: Hitam(ori)
5) Tahun Dibuat: 2004
6) Tarikh Pendaftaran : 2004
7) Pemilikan: 2
8) UbahSuai: leo vince exhuast
10) Harga: RM43k(nego)

1) Buatan : Suzuki
2) Model : Srad
3) Keupayaan Enjin : 750cc
4) Warna : Kuning/Silver
5) Tahun dibuat : 1997
6) Tarikh pendaftaran : November, 1997
7) Pemilikan : 2
8) Ubahsuai : Akrapovic Full System Exhaust..
9)Batuan : 36736km
10)Harga : RM35k (nego)
Down payment :RM19k , kalau 3thn instalment, tiap2 bulan : RM687kalau 3thn ½ : RM612

Friday, July 13, 2007

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
~HAKIKAT PERNIKAHAN~
Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan,hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? Cuba kita lihat...dan manakah pilihan kita?

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajinbertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan @ rajin hadir di SEXparty.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakalbubar jika bangkrup.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana BEAUTY/BODY, pasangan bakallari jika rambut beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ANAK, maka pasangan akan carialasan untuk pergi jika buah hati (anak) tidak hadir.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akanlari jika orang berubah tingkah lakunya.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidaktetapdan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yangdicintai pasti MATI / PERGI.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya
ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAHmencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka takada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jikapasangan mendurhakai ALLAH.

PIaLa AsiA

Asslamualaikum w.b.t

Malaysia kena belSaH 5 berbaLaS 1 ...dengan China..ciss HampeH sunGGuh , Walaupun sebeNor nyer teman ni bukan ler dikirakan ''kaki BoLa'' & tak ambIK pusinG langsuNG cerita boLa ni , tapi sesekali Kena jugak laa ambiK tau yerr DaK..

Semalam aku tgK kat Umah siaran ''LIVE' gitu ..MALAYSIA Vs CHINA..emm main macam HampeH..so sorry , bukan cakap lePeH , tapi itulah HakiKat Nyer..

Nak dijaDIk kan cerita , tadi masa kat OpiH ni ..Pak-Pak Arab ni , sajer jer bukak topiC Bola..''WHat a shame Malaysia..plaYing at your own place also can't Win..''..aku kata ..aku tgk separuH jer(pada Hal aku tenGok sampai abis)..dah tahu dah kena belaSah..

DioranG cakap ..MalaYsia facalities semUa baguH..seMua ada..tapi main emmm MacaM @*&%.

Wokey laa..aku ni bukan nyer nak berceLoteH ...tapi tuLah ..maleH nak cakap ler.

Tuesday, July 10, 2007

Additional Safety Protection for Riding

What Do U think about this ''aneei''??
Kalau ler tergoleK , dengan dia-dia sekaLi la berGuiling-GuliNg macam tengiLinG :)

Friday, July 06, 2007

IndaH nyer LanGkaWi

Asslamualaikum,
Nak habaq mai..wife aku gi lanGkaWi last week..dia pegi ngan member dia..Akak KeciK & Sue..Aku bukan nyer apa..kasi dia release tension ckit , yer la asik dok memerap jer kat umaH jagA anak2, kasi pEluaNG pulak dia nak berehaT, Kalu ler aku ada..besT betuL, apakan daya kena keja..

Bila tenGok gambO permandangan yang cantiK ni, MALAYSIa ni memang kaya dengan segala serbI ..baik dari oranG nyer yang peraMaH,Lokasi atau tempaT melanconG yanG menariK, yer la semU tu tak teraSA bila kita sendiRi tak merasa/melalui nya..Mana tak nyer bila datanG saudi baru aku Tahu kape(pakai guna perkataan anak aku)''pak arab'' ni bila time summer (bulan 5-10) jer suka datanG kat Malaysia...Emmm

Balik cerita pasal anak2 aku , masa wife aku gi vacatioN...DikNon(adik dia) menjaGa nyer..Aku ada ler tepon dia ..cam na jaga anak2 tu..heMM mengeluH heheh aku tau dah , sure penaT punYa ..yerla budak2 tengah nak memberso..cam tu la ..

Here are some of the pictures taken during her vacation at LanGkaWi ...



~From the BridGe, dunt know what is the name of this bridGe~
~VieW from Cable Car~

Thursday, July 05, 2007

Surah Al Fatihah

Ayat 1
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
Translation
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Ayat 2
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Translation
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Ayat 3
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Translation
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Ayat 4
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Translation
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

Ayat 5
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Translation
Engkaulah sahaja yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Ayat 6
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Translation
Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Ayat 7
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Translation
Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat.


~SeKadar berpesaN-PesaN kepada yang hidup..DuniA ini hanyaH pinjamaN & AkhiraT Jua temPat kita selaMa-lamanYa~
Wallahualam..

Monday, July 02, 2007

Malaysian Classic Bike







Here some of the classic bikes which still ''livE'' in Malaysia....

  • Tribute to ''Kelab Motor Klasik Malaysia''..Coz some pic. taken from their website...

Saturday, June 30, 2007

Saudi StarbuCkS

Malam tadi..aku lepeH jer makan malam LauK semalam jer ..kekekk (daginG masaK back paper) , cuma kami tambah sayO gorenG jer ..Rasa2 nyer ada sambal belacan gak beb..

Emm nak cerita cikit, aku ngan zul tengah prepare utuk dinner laa ni ..tetiba jer ramai la pulak bertandang kat umah kitaoranG ..kami dah budget dah mkan utk dlm 5 orang lepeh ni ..AntaRa nyer yang datang Zul ibrahim,Zulaimi,Bakar,Lazri ngan Abg Ajis..

Actually dioarang nak ajak gi minum kat ''StarBucks'' laa..Ni semua rezeki walaupun kami tak prepare betul2 ..tapi Ok gak ..kami paksa diorang makan sekali laa.. dah nama orang me''LaYu'' ..kena ler ajak ..Ni bukan ajak2 aYam punya ..Emmm syukur alhamdulillah..lanGsai semua ..tarak Buang punya ...
Minuman yang aku minum semalam ...emm segelas LARGE rege nyer 16AR + extra Caramal 3Sar..So, all togther 19Sar..Tapi aku pun dah lupa apa namer nyer..hehehe Sedap beb SluRPpp GluPp GluPpp...
Its me..PegHH cuaca kat Luar panas & udara nyer KerinG..beb,Yer la musim summer la kata kan ..nasib tak berpelUh ..antara cerita-cerita yang terkeluAr masa perbincangan malam tadi adalah :-
  • PolitiK Malaysia - Selalu nyer Hj.Zul Ibrahim bercakap pasai2 ni..dia memang expert dlam segala bidang ..korang sebut jer ..sampai kegunaan mesin bancuh kopi kat starbuck tu pun dia boleh cerita ..ada gak orang cam ni ...
  • HarGa Minyak kat Malaysia - compare kat Saudi ni ..PenuH tanK adala dalam 20SAR jer YoB..Itu pun jenuH nak abiskaN..kekek Cuba kat Malaysia ..kalau penUH kereta chevY aku tu adala dalam 70RM ..pegHH mhal bebeNor ...Ni la satu2 nyer kereta yang aku ada ..Emm kekadanG aku terbayang masa aku keja kat Malaysia ..memang tension laa kalu nak isi minyak ni ..yer laa dalam 2 hari sekali dah kena isi balik ..gaji ciPut jer, minyak punya xpenses jer dah makan beratuS RM..aduHH MalaYsia-MalaySia..KekadanG aku terpikir gak gaji kecik harGa baranG naiK..peninG beb..

    ~mY ChevY ..the OnlY one..~

  • TopiK UmraH & Haji - bab ni pun Hj.Zul IbraHim yang jadi penGlipurlara nyer..dia cerita cam na dia buat Haji tahun 2005.Kalu aku nak cerita kat sini panjang ..karang tak jadi ker la pulak aku ..aku ni tengah kerja Shift Ptg ..kekekek Tapi cukup la apa yang aku katakan ..kalu nak buat haji ni ..its NOT a simple Job ..he said its very tuff job .. your really need energy to do all the ''rukun'' ..yer la dari segala seGi laa...tu yang terkeluar cerita masa dia TeRjuMpa..there was 1 old man ..dia punya jalan punYa la laju ..sampai dia sendiri pun terpeGun cam na orang tua tu boleh dapat EnerGy sekuaT tu ..emm tu la kuasa tuHan ..Kun faYaKun..
  • Cerita pasal SNS Agent - Topic utama dan sensasi utuk consultant2 semua ..mana tak nyer passport x dapat lagi ..ada yang dah kat 3 bulan still x dapat lagi passport dioranG..emm . Setakat ni agent aku NOVIACOM alhamdullilah tak buat perangai..walaupun diawal nyer kami ada problem ngan Gaji ..keja 2Bln lebih talaK dapat gaji lagi Beb...So, genG2 SNS , sekaranG ni ada yang kena anto balik coz VISA dah expire ..sampai kena escort ker AirpoRt Yob..oii. Yer la Overstay laa kata kan ..Emm harap boleh resolved soon ..

Dari Kiri:-Hj.Zul Ibrahim & Abg Ajis
Dari Kiri:-Lazri & Zul..koranG tengoK menda tu haa ..sampai tertelenG kepala..hahah

Dari Kiri:- Zulhelmi,Hj.Zul,Abg Ajis & Lazri (x da dlm gaMbo Aku,Zul&Bakar)

Thursday, June 28, 2007

LaMa nYer tak TTS

Here some of the pictures taken during TT section on Appril'06 last year at
TTDI Jaya Shah Alam..
TTs is equal to ''Teh tarik Section''...
Its me..end of TTS Section..mau pulanG daaH..
During ''TTS'' section..just boraKk & lepak-lepaK jer ...
Some of my friends.. Nothing much to discuss...Lepak & Minum teh Tarik ...gluPP GluPpP

Wednesday, June 27, 2007

WalL KurMa..wal Padang PasiruN

Atas: Putik/Bunga Pokok Kurma...diawal Musim

Atas: Buah Kurma Muda..dipertengahan Musim
Atas: Buah Kuma hampir Masak ..orang perak kata ke'ghO0(buah yang hampir masak)..sebut betuL betuL...hahhah

Buah kuRma/TaMar from Mekkah..

Room mate aku beli kat sana last week, lepeH dioraNG buat UmraH..

LaWatan sAmbil BelAjO..

Ni aku ngan Amad..pegi site ..''Gambo Tangkap Sendiri'' pakai HP Camera Sony K800i..Masa ni cuaca kat Saudi agak sejuk..tu yg berjacket & topi..wakkaakaa..

Teringat kat Amad, dia sekarang kat Malaysia coz Ericsson baru2 ni ada buat kezuTan..mana tak nyer nak cut cost..so bila kat cost ..agak ramai jugak yang kena berhenti perkhidmatan nyer termasuk la beberapa Geng2 Malaysia..such as Amad,Abg Rahim(NFM Jeddah),Bathma,Anthony & Raj..

Mula2 nama aku sangkut gak ..tah tetiba jer x jadik la pulak ..Ni semua Kuasa dah Kehendak olehNYA..

Just for U guys..May god bless you all and good luck...Aku..dengan Gaya tersendirinya..hahah ''berlakOn''.. This is 3G RBS3206..too simple
''Tellab''..its Tx Equipment..more detail pls visit http://www.tellabs.com/products/
MMU Tx Equipment..''korang mesti ingat pasukan bola MMU ..heheh

Wednesday, June 20, 2007

My Kids...WalaaAAaaa

Angah & Along...''New Hair Cut ''..hancem tak papa...
Esya & Angah..''Playing Tiny Hockey'' at JUSCO Maluri
My Baby Gurl..Esya..''Ice-Cream''..mama kata this pic nak kasi kat papa..terus buat muncung..GRGhhhrr
''PEACE Papa''...Pic taken during vacation at Melaka ..School Holiday May2007(B4 turun ke pool..tu yang berbaju renag tu)..Emm red ''tset'' is my father in-law..i call him ''abah''...tido is one of his hobby..heheheh